KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 19hb Julai 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang telah dilantik oleh pihak KOPUBI Perak Bhd iaitu MYBAK Associates bagi membincang proses akhir pengauditan akaun kewangan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) bagi tahun 2021.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman, En Haizul Fakarudin sekalu Setiausaha Koperasi dan Pn Samsiah selaku Bendahari Koperasi. Turut hadir adalah Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha merangkap Penolong Bendahari KOPUBI Perak Bhd manakala mewakili pihak juruaudit luar adalah Tn Hj Mohamad Yusof bin Awang Kechil dan rakan sejawat beliau dari MYBAK Associates.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Kursus Galakan Pelaburan Dan Pemasaran Jagung

Melalui pertemuan ini, pihak MYBAK Associates telah membentangkan laporan akhir Penyata Kewangan KOPUBI Perak Bhd bagi tahun 2021 di mana firma audit ini memaklumkan bahawa kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahun 2021 telah pun selesai dijalankan.

Hasil semakan oleh wakil pihak KOPUBI Perak Bhd maka Penyata Kewangan tersebut telah disahkan serta dipersetujui bersama untuk diterima sebagai Laporan Audit yang sah utk KOPUBI Perak Bhd dan akan dibentangkan kepada Anggota pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada masa akan datang.

Untuk makluman semua, MYBAK Associate adalah salah sebuah firma juruaudit koperasi yang sangat berpengalaman di dalam bidang pengauditan kewangan serta mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai juruaudit yang sah.

KOPUBI sangat percaya dan yakin bahawa firma ini mampu mengaudit akaun koperasi serta menasihati pihak koperasi cara kerja penyimpanan rekod kewangan yang baik serta berdaya saing demi menghasilkan sebuah koperasi yang mampan di Negeri Perak ini.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia