KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 12hb April 2023 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman telah mengadakan pertemuan dengan bersama Pengarah Pengurusan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak atau PKMM Perak di Bilik Mesyuarat Utama Bangunan Jamal, Meru Ipoh Perak.

Mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi En Sharul Rahman dan juga Ahli Majlis Kumpulan PUBI Saudara Aimran manakala pihak PKMM Perak telah diketuai oleh YDP PKMM Perak iaitu Datuk Wira Jaaluddin Abdul Rahim serta barisan Ahli Jawatankuasa beliau.

Objektif utama pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan entiti masing-masing serta melihat peluang untuk mengadakan kerjasama strategik pada masa hadapan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Taklimat Peluang Perniagaan Coop Umrah Dan Wasiat

PKMM Perak adalah salah sebuah NGO yang menerajui sektor pembinaan di seluruh negara serta mempunyai ramai ahli dikalangan kontraktor-kontraktor Bumiputera.

Melalui pertemuan ini, En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah bertukar-tukar pendapat dengan YDP PKMM Perak dan mendapatkan input-input penting berkaitan industri pembinaan yang sedang rancak di negara kita ini terutamanya di Negeri Perak.

En.Sharul juga mengambil peluang membentangkan Profil KOPUBI Perak Bhd serta memaklumkan berkaitan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh KOPUBI Perak Bhd dan pada waktu yang sama mempekenalkan produk-produk yang dipasarkan oleh koperasi.

Disamping itu kedua-dua pihak turut membincangkan serta berkongsi cadangan kerjasama strategik yang sangat menarik serta menguntungkan kedua-dua belah pihak dan pihak KOPUBI Perak Bhd sangat mengalu-alukan cadangan tersebut serta menerima baik segala cadangan demi membangunkan gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Pengerusi En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd bergambar bersama YDP PKMM Perak iaitu Datuk Wira Jaaluddin Abdul Rahim.

Insyallah dengan perancangan yang teliti, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad berpeluang untuk menjalinkan kerjasama strategik NGO yang sangat berpengalaman serta pakar di dalam bidang yang diceburi di Negara kita ini di samping mencapai visi serta misi penubuhan KOPUBI iaitu menjana pendapatan yang konsisten pada masa hadapan.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBIPerakBhd #KOPUBI #KoperasiUsahawan #KumpulanPUBI