PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini permohonan Bazar Ramadan anjuran PUBI Perak telah dibuka 28hb Januari sehingga 6hb Februari 2025 yang lalu. Sebanyak 60 tapak perniagaan disediakan di Bazar Ramadan Taman Temara dan 30 tapak perniagaan disediakan di Bazar Ramadan Station 18.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Taklimat Penganjur Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Ipoh 2025

Alhamdulillah, Borang permohonan utk berniaga di bazar anjuran PUBI Perak telah diedarkan SECARA PERCUMA di pejabat persatuan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan peniaga.

Alamat No.83A, Medan Stesen 18/1, Stesen 18, Ipoh Perak (di atas Pasaraya Sakan, Station 18). Syukur kerana hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadhan di bawah Majlis Bandara Ipoh.

Sebahagian daripada peniaga yang hadir ke Pejabat PUBI Perak bagi memohon tapak Bazar Ramadan anjuran PUBI Perak bagi tahun 2025

Tahniah juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa saya yang bertukus lumus memastikan PUBI Perak dapat menganjurkan sebuah Bazar Ramadan yang meriah pada tahun ini dan terima kasih kepada peniaga-peniaga yang memberi kerjasama yang baik.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak