
INFO – PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRAK)
Usahawan Negeri Perak yang layak dijemput untuk memohon Geran Usahawan Perak (GeRAK) 2023.
Geran GeRAK merupakan bantuan kewangan sehingga RM2,000.00 yang mensasarkan kepada usahawan sektor informal daripada pelbagai industri untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran bagi mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja.
Geran GeRAK merupakan program Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretrariat Usahawan Negeri Perak (STeP)
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Baru STR 2023 & Kemaskini Maklumat Pemohon
KRITERIA DAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
1. Mempunyai SSM yang berdaftar di negeri Perak dan masih sah;
2. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
3. Perniagaan beroperasi di Negeri Perak;
4. Memenuhi definasi PMKS Mikro dan Kecil iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM500,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang;
5. Permohonan diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/Jabatan usahawan di Negeri Perak; dan
6. Tidak pernah menerima bantuan yang sama dari mana-mana agensi.
TERMA PERMOHONAN :
1. Kos pembelian peralatan bagi permulaan perniagaan;
2. Kos pembelian peralatan dan mesin berkaitan bagi peningkatkan produktiviti;
3. Kos pendaftaran sebarang pensijilan, pembelian mesin/perkakasan/software berkaitan pendigitalan perniagaan ;
4. Yuran penyertaan pameran atau kursus berkaitan peningkatan produktiviti dan kemahiran (terhad kepada dua individu setiap syarikat); dan
5. Kos berkaitan aktiviti pemasaran dan pemasaran digital.
Bagi permohonan pembelian peralatan dan mesin permohonan perlu sertakan 3 sebutharga.
Sila isikan Sistem Maklumat Usahawan Perak melalui link yang diberikan di bawah berserta dokumen-dokumen yang diperlukan :
Pemohonan wajib mengisi Sistem Maklumat Usahawan Perak sebelum mengisi borang permohonan Geran GeRAK. Pihak urus setia akan menyemak Sistem Maklumat Usahawan Perak dan permohonan peserta.
Pastikan anda memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai bukti pemprosesan iaitu :
1. Salinan Penyata Akaun Bank Atas Nama Pemohon;
2. Salinan kad pengenalan pemohon;
3. Salinan SSM (jika ada);
4. Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi Berkenaan;
5. Sebut harga peralatan yang hendak dibeli (3 sebutharga); dan
6. Resit – resit dan bukti lain berkaitan.
Sila klik link berikut untuk permohonan –> Borang Permohanan GeRAK

PERTANYAAN DAN INFO LANJUT:
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada urus setia dan STeP berikut :
– Puan Nur Azwin 0124618792
– Puan Alia 0134206264
– Puan Hazlien 01112503001
Permohonan dibuka bermula 25 Februari 2023 sehingga 25 Mac 2023 dan sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Mei 2023, tuan/puan boleh beranggapan permohonan tuan/puan tidak berjaya.
Kepada semua usahawan Perak kategori mikro dan kecil pelbagai kaum dan jualan tidak melebihi RM500,000 setahun yang mengalami kesukaran untuk memohon Geran Usahawan Perak (GeRAK) sama ada tidak memahami kaedah permohonan, tidak dapat akses kepada sistem SME D Base atau sebarang kesukaran dan pertanyaan, tuan puan dijemput untuk menyertai whatsapp group khas yang diwujudkan oleh Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), sila klik link di bawah untuk menyertai group terbabit :
https://chat.whatsapp.com/CC9rJjY5f1ZFVe1kdsnc5F
Kami mutekan (senyapkan) group ini buat sementara dan kami akan membuat penerangan terperinci berkenaan cara memohon, dokumen yang diperlukan, kelayakan, cara akses kepada sistem dan lain-lain dalam group terbabit.
Sekian terima kasih.
Urusetia Geran Usahawan Perak(GeRAK)
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI