Pada 2hb September 2018 yang lalu, PUBI Perak di bawah JK Kebajikan melalui Program Tunas Harapan telah meraikan seramai 26 orang anak-anak yatim dan miskin dari Pertubuhan Nurul Iman, Kampung Manjoi Perak dengan menganjurkan sebuah program santai dan riadah yang menyegarkan serta penuh dengan keterujaan di ‘Lost World of Tambun.

Objektif utama untuk aktiviti dan program ini adalah bertujuan untuk meraikan serta mengembirakan anak-anak yatim dan miskin di bawah selian pertubuhan ini. Alhamdulillah, sangat terpancar keriangan di wajah mereka kerana tidak seorang pun di antara mereka yang pernah merasai keseronokkan dan keriangan di Lost World of Tambun ini dan PUBI Perak telah berjaya merealisasikan impian 26 orang anak-anak yatim dan miskin ini.

Sekali-sekala kita hiburkan hati mereka, sekali sekala kita raikan mereka dengan cara beriadah begini. Syukur.. Sehubungan dengan itu, PUBI Perak ingin membuka peluang kepada mereka yang ingin menaja atau menyumbang dana dalam bentuk wang tunai bagi aktiviti kebajikan dan amal PUBI Perak di Bawah Tabung Tunas Harapan.

Insyallah kami bercadang untuk membuat lawatan ke Zoo Taiping pada masa terdekat ini. Sumbangan anda semua boleh dibuat ke akaun : PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK 5582 7500 8858 (Maybank) SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: PN. ADAH 019-915 1990 Atau whatsapp terus butang di bawah ini:

Click untuk Whatapp

 

 

Semoga dengan tajaan anda semua akan tercapailah hasrat dan impian anak-anak yatim dan miskin ini untuk merasai nikmat serta keriangan dan keseronokan seperti anak-anak kita yang lain.

MAJLIS INI DIANJURKAN OLEH PUBI PERAK

Untuk melihat Photo program ini sila klik