
INFO – SEMAKAN TAWARAN PENEMPATAN SBP TINGKATAN 4 2020
Sumber : Semakan Online
Ibu bapa boleh membuat semakan tawaran penempatan SBP tingkatan 4 tahun 2020 bermula hari ini, 8 – 13 Januari. Bagi kemasukan tingkatan 1, semakan boleh dibuat hujung tahun lepas.
Permohonan SBP tingkatan 4 dibuka bulan Ogos tahun lepas di mana ibu bapa boleh mengisi borang permohonan online sebelum PT3 diumumkan. Selain itu, ibu bapa juga boleh memohon kemasukan ke MRSM.
Baca: Ranking SBP Terbaik 2020
SEMAKAN KEPUTUSAN SBP TINGKATAN 4 2020
Untuk memohon SBP, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurangkurangnya
- Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
- Murid aktif dalam kokurikulum.
Murid mestilah mengambil ujian UKSBP (Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh) sebagai salah satu syarat kelayakan. Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.
Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya.
Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu. Keputusan SBP tingkatan 4 boleh dibuat secara online di https://ss4.moe.gov.my
Selain itu, ibu bapa juga boleh menyemak keputusan SBP melalui saluran berikut:
- Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
- Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
- Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
- Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
- Makluman melalui SMS
Tawaran penempatan SBP adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran SBP tidak akan dilayan. Bagi murid yang berjaya, anda diminta untuk cetak surat tawaran dan bawa bersama ketika proses pendaftaran nanti.
Pastikan anda bawa bersama beberapa dokumen penting seperti salinan IC, salinan sijil-sijil kokurikulim dan sebagainya ketika hari pendaftaran. Pihak SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya murid gagal mengemukakan dokumen yang lengkap.
INFO –> Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku)
ALIRAN MATAPELAJARAN TINGKATAN 4
Terdapat lima (5) aliran matapelajaran bagi kemasukan tingkatan 4 SBP, antaranya:
Aliran Sains Tulen
- BM
- BI
- Sejarah
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Aliran Sains Tulen Agama
- BM
- BI
- B. Arab
- Sejarah
- Pend. Al-Quran & Sunnah
- Pend. Syariah Islamiah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Aliran Agama Ikhtisas
- BM
- BI
- B. Arab
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Pend. Al-Quran & Sunnah
- Pend. Syariah Islamiah
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
Aliran Sains Teknikal
- BM
- BI
- Sejarah
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Lukisan Kejuruteraan
- Teknologi Kejuruteraan
Aliran Sains Sosial
- BM
- BI
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
RAYUAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Bagi murid yang gagal, anda boleh membuat rayuan ke SBP 2020. Permohonan rayuan akan dibuka pada 8 Januari. Murid boleh mengisi borang rayuan secara online. Keputusan rayuan akan diumumkan penghujung Januari tahun depan.
Untuk info lanjut layari portal rasmi KPM.
INFO –> Lima Undang-Undang Dan Polisi Baharu Berkuatkuasa Pada Tahun 2020
KOMEN TERKINI