PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 19hb Mei 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri Sesi Penyerahan Surat Kelulusan Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2023 di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Komuniti.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Agro Business And Innovation Challenge 2023 (ABIC 2023)

Sesi penyerahan surat kelulusan ini telah berlangsung di Dewan Kristal, Aras B1, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Persint 4 Putrajaya.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke sesi penyerahan ini adalah Tuan Pengerusi iaitu En. Sharul Rahman dan Setiausaha PUBI Perak iaitu En. Haizul Fakarudin serta diiringi oleh Bendahari Kehormat Persatuan Saudara Mohamad Nafis.

Pada majlis tersebut, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima surat kelulusan bagi melaksanakan sebuah program yang dijalankan di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2023 bersama dengan 28 buah persatuan (NGO) lain yang berjaya dipilih dari seluruh Negara.

Tetamu kehormat bagi sesi penyerahan tersebut adalah Ybhg. Tuan Haji Suhaimi bin Ali @ Alias selaku Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Ybrs. En. Mohamad Yusri b Hashim Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Komuniti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Tuan Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En. Sharul Rahman telah diiringi dengan hormatnya telah naik ke pentas bagi menerima surat tawaran tersebut daripada Ybhg. Tuan Haji Suhaimi bin Ali @ Alias selaku Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan telah disaksikan oleh wakil-wakil persatuan yang lain.

Setiausaha PUBI Perak iaitu En. Haizul Fakarudin sedang menandatangani penerimaan Surat Kelulusan Surat Kelulusan Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2023 dengan diperhatikan oleh Bendahari Kehormat Persatuan Saudara Mohamad Nafis.

Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi merima kelulusan bagi perlaksanaan program yang bakal dilaksanakan bagi tahun 2023 ini di peringkat nasional.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan. PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak