
INFO-SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2023 / 2024
PEMBERIAN BANTUAN SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH) BAGI KATEGORI PENERIMA STR 2024 YANG LAYAK
TERKINI : Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit – Belanjawan 2024
Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (BELANJAWAN 2024)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
Dalam Belanjawan Madani 2023, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM600.
Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Bagi yang belum tahu cara untuk membuat semakan, status kelayakan ini akan dipaparkan dalam laman web STR, seperti tangkap layar di bawah:


Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2023 dan 2024 serta kategori penerima yang layak.


APAKAH BANTUAN STR TAMBAHAN @ SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
Sila rujuk infografik Kementerian Kewangan di bawah:






10 KATEGORI BARANGAN ASAS YANG BOLEH DIBELI:
1.Beras
2.Roti
3.Telur
4.Tepung
5.Minuman
6.Bahan perasa
7.Biskut
8.Mi segera
9.Makanan dalam tim
10.Minyak masak

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
KATEGORI YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN STR TAMBAHAN @ SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

TERKINI : BANTUAN SARA 2024
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 di mana 700 ribu penerima STR akan terima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Maklumat lanjut akan menyusul.
SEMAKAN KELAYAKAN
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023.
Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, anda digalakkan untuk membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ini kerana, berbeza dengan penerima SARA di Semenanjung Malaysia, penduduk di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 melalui akaun bank yang telah didaftarkan.
(Kaedah bayaran adalah berdasarkan kaedah bayaran STR Fasa 3.)
Penerima di Semenanjung juga boleh membuat semakan di laman web STR di pautan yang sama : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Namun, sekiranya layak, anda perlu membuat semakan status terkini di portal MyKasih secara bulanan kerana bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat (RM100 sebulan bagi tempoh 6 bulan).
CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH
1.Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
2.Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
3.Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
4.Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
5.Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.



KADAR BANTUAN & KAEDAH PENYALURAN
Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.
Rujuk langkah-langkah terperinci di bawah:
LANGKAH MEMBELI BARANGAN BANTUAN MAKANAN
1.Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
2.Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
3.Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
4.Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
5.Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.


Sila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023
TARIKH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2023 telah mula disalurkan bermula 17 Julai 2023.
Bantuan ini akan diberikan selama 6 bulan iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023 (bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia). *Manakala bagi negeri-negeri di Sabah, Sarawak & WP Labuan, bayaran sebanyak RM600 secara tunai atau melalui akaun bank akan dikreditkan sekaligus.
Sila rujuk jadual berikut :
- SARA 1 – 17 Julai 2023 (RM100)
- SARA 2 – 1 Ogos 2023 (RM100)
- SARA 3 – 1 September 2023 (RM100)
- SARA 4 – 1 Oktober 2023 (RM100)
- SARA 5 – 1 November 2023 (RM100)
- SARA 6 – 1 Disember 2023 (RM100)
Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Tarikh pelaksanaan bantuan SARA 2023 adalah secara berperingkat mengikut negeri yang terlibat seperti berikut:
- 17 Julai 2023 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan.
- 31 Julai 2023 – Perlis, Perak, Pahang, Melaka & Johor.
- 7 Ogos 2023 – Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan (Bayaran RM600 akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai sekaligus di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

MAKLUMAT LANJUT
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS
KOMEN TERKINI