PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 10hb April 2020 yang lalu, melalui Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak telah memohon sumbangan berbentuk bantuan bekalan asas dan makanan daripada ADUN Simpang Pulai iaitu YB Tan Kar Hing.

AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Sumbangan Bantuan Makanan Adun Tebing Tinggi

Sumbangan ini adalah daripada Pejabat Menteri Besar dan telah disalurkan melalui ADUN kawasan masing-masing dan Alhamdulillah bagi kawasan Simpang Pulai permohonan bantuan ini telah diluluskan kepada Ahli berdaftar PUBI Perak termasuk Ahli Pasar Malam anjuran PUBI Perak.

Seramai 7 Ahli PUBI Perak serta Ahli Pasar Malam anjuran PUBI Perak yang menetap di kawasan DUN ini telah menerima sumbangan daripada Yang Berhormat dan telah dihantar ke rumah masing-masing oleh petugas Pejabat Pusat Khidmat ADUN Simpang Pulai.

Turut hadir mewakili AJK Induk PUBI Perak pada sesi penyerahan ini adalah SU Kehormat PUBI Perak iaitu Saudara Mohamad Jamean bin Zulkepli.

Semoga dengan usaha yang dijalankan oleh AJK PUBI Perak ini akan dapat meringankan beban Ahli PUBI Perak dan juga Ahli Pasar Malam anjuran PUBI Perak yang terjejas ekoran penularan penyakit Covid-19 yang sedang melanda dunia masa kini.

Insyallah, PUBI Perak juga akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

Saudara Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Setiausaha Kehormat PUBI Perak