
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
JK Kebajikan & Kerohanian Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang diketuai oleh Cik Mawardah telah melancarkan sebuah Tabung Bantuan Kecemasan “Kasih PUBI Perak” bagi membantu ahli keluarga kepada Ahli PUBI Perak yang telah ditimpa kesusahan dan musibah iaitu kedua ibubapa kepada Pn Zureimi Binti Zulkepli.
Pada 24hb Mac 2019 yang lepas, kedua ibu bapa kepada Pn. Zureimi iaitu En. Zulkepli Bte Mohamad (63 tahun), dan Pn. Jamilah Binti Jusoh (52 tahun) telah mengalami musibah di mana rumah mereka di Kampung Lata Papan Kuak, Lenggong, Perak telah ditimpa pokok akibat hujan dan angin yang kuat.
Oleh itu, akibat dari kejadian tersebut, rumah mereka telah mengalami kerosakkan dan perlu diperbaiki pada kadar segera.

Setelah diambil kira, untuk memperbaiki segala kerosakkan rumah mereka ini memerlukan sedikit kos dan bagi meringankan beban kedua ibubapa kepada Ahli PUBI Perak ini, pihak PUBI Perak telah melancar tabung serta ingin merayu derma dari orang ramai secepat yang mungkin.
Ayah kepada Pn. Zureimi merupakan seorang pesara yang membuat kerja-kerja kampung disamping ibu kepada Pn. Zureimi pula mengambil upah menjaga anak seorang guru secara sambilan.
Usia yang sudah meningkat dan kurang berupaya menyebabkan mereka terbeban dengan musibah yang telah menimpa mereka ini.

Untuk pengetahuan semua juga, ahli kami (Pn. Zureimi) adalah ahli berdaftar PUBI Perak sejak 2017 dan beliau juga merupakan seorang ibu tunggal kepada empat orang anak.
Selain itu, Pn. Zureimi merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa di bawah JK Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak disamping menjadi seorang jurujual atas talian “Online” juga suri rumah sepenuh masa di Ipoh, Perak.
Sungguh berat dugaan dan ujian dari Allah SWT ini. Semoga dengan bantuan anda semua maka kita dapat meringankan beban kedua ibubapa beliau serta memudahkan urusan mereka.

Sumbangan ikhlas anda semua boleh dibuat melalui akaun berdaftar PUBI Perak seperti berikut:
5582 7500 8858 MAYBANK
(Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak)
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: CIK MAWARDAH +6011-10433367 (KETUA JK KEBAJIKAN & KEROHANIAN PUBI PERAK, PEN. BENDAHARI PUBI PERAK)
Semoga Allah SWT memberkati usaha yang dijalankan ini dan semoga Allah SWT memudahkan urusan kedua ibubapa kepada Ahli PUBI Perak iaitu Pn. Zureimi Binti Zukepli.
Mohon juga sesiapa yang terlihat posting ini sila share dan panjangkan usaha ini.
In shaa Allah.
*Nota: Tempoh kutipan adalah sehingga 1hb April 2019 sahaja.
#PUBI #PUBIPerak #TabungKebajikanKasih#PersatuanUsahawanBersatuIpohPerak
KOMEN TERKINI