MAJLIS PERKEBUMIAN ALLAHYARHAM KUDUS ALIE NOVEL @ ABU NAUFAL

MAJLIS PERKEBUMIAN ALLAHYARHAM KUDUS ALIE NOVEL @ ABU NAUFAL

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Kudus Ali Novel bin Mohamat Yunus atau lebih dikenali sebagai Tuan Abu Naufal telah meninggalkan kita semua dan telah kembali ke Rahmatullah pada 18hb November 2021 yang lalu di Wad ICU 6D, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.

Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) merangkap Naib Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) sejak tahun 2017 yang lalu dan di dalam masa yang sama merupakan ahli dan anggota terawal sewaktu tertubuhnya persatuan dan koperasi ini.

Jenazah beliau telah dibawa oleh Ahli Keluarga beliau ke Surau Al-Falah, Taman Song Shoon, Ipoh Perak untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan dan seterusnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM PENGURUSAN J&T EXPRESS REGIONAL PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 15hb November 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perjumpaan bersama Team Pengurusan J&T Express Negeri Perak bagi membincangkan isu-isu semasa perkhidmatan penghantaran kurier ekspress serta membincangkan pengoperasian PCP J&T Express PRK413 yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang kini telah beroperasi hampir setahun pada bulan November 2021 ini.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan Bendahari Koperasi iaitu Pn. Shams manakala mewakili Pihak J&T Ekspress Malaysia Negeri Perak pula adalah Mr. Jeff selaku Business Development Executive J&T Express Malaysia dan Miss Yee Sin.

Alhamdulillah, syukur kepada Illahi perniagaan KOPUBI Perak Bhd kini telah berumur setahun dan telahpun memeterai perjanjian ini buat kali kedua dan telah dimeterai pada bulan Mac 2021 yang lalu.

Baca Lanjut

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT BUAT TUAN ABU NAUFAL

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT BUAT TUAN ABU NAUFAL

Pada 11hb November 2021 yang lalu, Kumpulan PUBI melalui Setiausahanya telah menganjurkan sebuah Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang dikhusukan kepada Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal bin Mohamat Yunus yang kini sedang menjalani rawatan di wad ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat penyakit Covid-19.

Status terkini yang dimaklumkan oleh isteri beliu adalah agak mendukacitakan di mana Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal telah ditidurkan oleh pihak hospital dan paru-paru serta kadar oksigen beliau masih pada kadar yang rendah.

Oleh yang demikian pihak Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengambil inisiatif bagi menjalankan majlis ini serta memohon kepada Allah SWT agar diberi kesembuhan kepada Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal serta diberi kesihatan yang baik, insyallah.

Baca Lanjut

SESI TEMUDUGA JAWATAN KOSONG KOPUBI PERAK BHD.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 06hb Oktober 2021 yang lalu telah berlangsung sesi temuduga bagi jawatan kosong yang ditawarkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Antara jawatan yang ditawarkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah seperti Pembantu Takbir, Eksekutif Pemasaran Koperasi dan Pengurus Koperasi.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak pada fasa endemik Convid-19 disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.

Baca Lanjut