COVID-19: 72 DARIPADA 94 KES BAHARU HARI INI ADALAH KES IMPORT PELAJAR DIBAWA PULANG DARI INDONESIA

COVID-19: 72 DARIPADA 94 KES BAHARU HARI INI ADALAH KES IMPORT PELAJAR DIBAWA PULANG DARI INDONESIA

Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini, telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang kes tersebut dari Indonesia.

Manakala, jumlah selebihnya sebanyak 22 kes merupakan kes jangkitan tempatan.

Baca Lanjut

COVID-19: BOLEH KELUAR BERDUA DALAM PKP FASA 4

Ketua keluarga kini boleh membawa seorang lagi ahli keluarga ketika keluar membeli barangan keperluan sepanjang tempoh PKP Fasa 4 bermula hari ini | Gambar – BH Online

COVID-19: BOLEH KELUAR BERDUA DALAM PKP FASA 4

KUALA LUMPUR: Ketua keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini, boleh membawa seorang lagi ahli bersamanya.

Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Baca Lanjut

COVID-19: MALAYSIA DIJANGKA BERAKHIR AWAL MEI

COVID-19: MALAYSIA DIJANGKA BERAKHIR AWAL MEI

Sebuah berita baik buat rakyat Malaysia apabila didapati sebuah kajian dari University of Technology and Design (SUTD), Singapura meramalkan penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan pelbagai pihak bakal berakhir seawal 6 Mei ini.

Menurut SUTD, data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab pada Jumaat lalu ini menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) beserta jangkaan diatas graf.

Baca Lanjut

TERBARU : PERMOHONAN PERGERAKKAN ANTARA NEGERI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) UNTUK TUJUAN DIBENARKAN

Gambar – MalaysiaGazette

TERBARU : PERMOHONAN PERGERAKKAN ANTARA NEGERI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) UNTUK TUJUAN DIBENARKAN

Kerajaan sangat mengambil berat dan sedia maklum hasrat rakyat Malaysia yang berada di kampung dan ingin pulang ke rumah masing-masing ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Kerajaan sejak bulan Mac yang lalu.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di dalam sidang media yang telah diadakan di Putrajaya pada hari ini telah membuat pengumuman bahawa rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.

Baca Lanjut