PERMOHONAN BAZAR RAMADAN 2025M / 1446H ANJURAN PUBI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS BANDARAYA IPOH

PERMOHONAN BAZAR RAMADAN 2025M / 1446H ANJURAN PUBI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS BANDARAYA IPOH

Sukacita dimaklumkan bahawa PUBI Perak akan menganjurkan Bazar Ramadan bagi tahun 2025 / 1446H di lokasi seperti berikut :-

  • Bazar Ramadan Taman Temara
  • Bazar Ramadan Station 18

Tuan/Puan yang berminat untuk memohon untuk berniaga di tapak Bazar Ramadan ini bolehlah datang terus ke Pejabat PUBI Perak secara ‘Walk-in’ untuk mendapatkan borang permohonan secara PERCUMA. Tuan/Puan juga boleh mengisi terus borang Permohonan tersebut di Pejabat kami dan membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah ini.

Dokumen yang diperlukan SEWAKTU MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN adalah;

  • 2x Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Pelesen
  • 2x Salinan Kad Suntikan Anti Typhoid
  • 2x Salinan Sijil Pengendalian Makanan (KKM)
  • 1x Keping Gambar Berukuran Passport
  • Bayaran Tapak Seperti Yang Dinyatakan (TUNAI)

Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut;

  • Taman Temara : RM750 (Tapak 10×20) / RM1,500 (Tapak 20×20)
  • Station 18 : RM700 (Tapak 10×20) / RM1,400 (Tapak 20×20)

Deposit tapak yang dikenakan adalah sebanyak RM100 dan akan dipulangkan semula apabila segala peraturan yang ditetapkan dipatuhi oleh peniaga. 

NOTA:

  • Sila bawa bersama salinan asal setiap dokumen yang dinyatakan di atas untuk pengesahan penganjur semasa menghantar borang permohonan ini.
  • Sila hantar borang permohonan ini sebelum atau pada 06hb Feb 2025.
  • Untuk pertanyaan, sila hubungi 011-5185 0661 atau 019-577 3924.
  • Alamat Pejabat: di Alamat No.83A, Medan Stesen 18/1, Stesen 18, Ipoh Perak (di atas Pasaraya Sakan, Station 18).

Untuk Pertanyaan –> www.wasap.my/601151850661/Bazar+Ramadan | www.wasap.my/60195773924/Bazar+Ramadan

Link untuk Borang –> https://drive.google.com/file/d/1xMlQg6-xz5k9q2AvkBOJAPWfpKPqOGOb/view?usp=sharing

Info di Facebook –> https://www.facebook.com/share/p/1AznjLKuD5/

Mohon hebahkan info ini, Terima kasih

[PENGANJUR BAZAR RAMADAN PUBI PERAK]

PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

INFO – PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

Seperti tahun-tahun yang lalu, Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2024M / 1445H yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Mac 2024 nanti. Sebanyak 19 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1310 petak niaga.

Persatuan Penjaja / Koperasi Peniaga, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Jabatan Pelesenan MBI di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 26 Disember 2023 hingga 10 Januari 2024. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2024 yang akan dikeluarkan mulai 26 Disember 2023 nanti.

Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang diluluskan pada Mesyuarat Tujuan Am 2022 yang lalu.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT BERTEMU DATUK BANDAR IPOH

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 13hb Disember 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk bertemu dengan Ybhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin selaku Datuk Bandar Ipoh.

Menyambut kehadiran wakil deligrasi PUBI Perak adalah En. Hafiz Safwan selaku Pegawai kepada Datuk Bandar Ipoh dan pertemuan bersama Datuk Bandar telah diatur selama hampir satu jam di Bilik Anggerik Majlis Bandar Ipoh, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

PENYERAHAN SUMBANGAN PEK MAKANAN MBI KEPADA PENIAGA PASAR MALAM

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 24hb Julai 2021 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menyerahkan kesemua 20 Pek Makanan sumbangan Majlis Bandaraya Ipoh yang telah disampaikan kepada pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak tempoh hari oleh Dato’ Rumaizi Baharin selaku Datuk Bandar Ipoh.

Baca Lanjut