PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA (SPB) 2020 BSN MYHOME

PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA (SPB) 2020 BSN MYHOME

Bagi yang ingin membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 di bawah skim MyHome BSN.

Melalui skim ini, diharapkan golongan bujang dan yang sudah berkahwin mampu membeli rumah pertama mereka dengan dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.

Dana subsidi sebanyak RM200 sebulan sepanjang 2 tahun pertama turut disediakan.

Baca Lanjut

SENARAI 21 PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN UNTUK E-FILING TAHUN 2020

INFO: SENARAI 21 PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN UNTUK E-FILING TAHUN 2020

Bagi rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan setiap tahun, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan senarai 21 pelepasan cukai pendapatan tahun 2019 untuk e-Filing tahun 2020.

Untuk pengetahuan semua, cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan anda setiap tahun daripada gaji, elaun, faedah, komisen, dividen, sewa, royalti, dan pendapatan daripada perniagaan.

Namun, setiap individu yang perlu membayar cukai pendapatan setiap tahun berpeluang menerima pelepasan cukai.

Baca Lanjut

INSENTIF CUKAI, LANGKAH KHUSUS BANTU 900,000 PKS, USAHAWAN TEMPATAN TERKENA TEMPIAS COVID-19 – PM

EKONOMI: INSENTIF CUKAI, LANGKAH KHUSUS BANTU 900,000 PKS, USAHAWAN TEMPATAN TERKENA TEMPIAS COVID-19 – PM

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah dan insentif cukai untuk membantu lebih 900,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan tempatan yang turut menerima kesan akibat wabak COVID-19.

Menurut beliau, bagi menggalakkan penubuhan entiti baharu PKS, kerajaan bersetuju untuk memberikan rebat cukai pendapatan sehingga RM20,000 bagi setiap tahun untuk tempoh tiga tahun taksiran pertama tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. 

“Rebat cukai pendapatan ini diberikan kepada syarikat baharu yang ditubuhkan dan beroperasi antara 1 Julai 2020 dan 31 Disember 2021.

Baca Lanjut

DEFINISI PKS (PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA)

Gambar – Google

DEFINISI PKS (PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA)

Sejak tahun 2005, satu definisi seragam yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah diguna pakai oleh semua Kementerian dan agensi, institusi kewangan dan pengawal selia yang terlibat dalam program pembangunan PKS.

Memandangkan terdapat pelbagai perubahan dalam ekonomi seperti inflasi harga, perubahan struktur ekonomi dan perubahan trend perniagaan sejak tahun 2005, satu kajian semula definisi telah dilakukan pada tahun 2013. Mesyuarat MPPK ke-14 pada bulan Julai 2013 telah meluluskan definisi baharu PKS yang merangkumi semua sektor iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian.

Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi dengan menggunakan asas “ATAU” seperti berikut:

Baca Lanjut