
INFO: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK
Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan bantuan kewangan untuk para usahawan khusus untuk anak jati Negeri Perak terutamanya golongan pengusaha IKS yang menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan masing-masing.
Yayasan Perak menawarkan bantuan pinjaman kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 di negeri tersebut menerusi Program Pinjaman Tabung Usahawan.
Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan merupakan bantuan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan dalam Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan. Dalam erti kata yang lain, pinjaman ini bersifat jangka masa pendek dan usahawan yang ingin mendapatkan pinjaman ini dialu-alukan memohon.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI