
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 11hb September 2022 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-03/2022 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Hotel Excelcior, Ipoh Perak.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku ketiga yang lalu dan perancangan bagi suku tahun keempat bagi tahun 2022 ini.
Terima kasih yang tidak terhingga dan ucapan Tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat yang telah diadakan ini.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI