MyPREMIS MARA: PERMOHONAN SEWAAN PREMIS BANGUNAN MARA

INFO: MyPREMIS MARA – PERMOHONAN SEWAAN PREMIS BANGUNAN MARA

Usahawan Bumiputera yang tidak mempunyai premis untuk menjalankan perniagaan kini boleh memohon sewaan premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Portal MyPremis.

Untuk makluman, terdapat 1066 lot niaga milik MARA yang kondusif dengan harga sewaan yang berpatutan ditawarkan kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara. Semua permohonan penyewaan bagi lot niaga ini hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MyPremis yang telah dibangunkan oleh pihak MARA.

Usahawan Bumiputera yang berminat boleh memohon premis niaga melalui pautan https://premis.mara2u.my/.

Baca Lanjut

SPUR PUNB: SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19

INFO: SPUR PUNB – SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) bagi membantu individu bumiputera yang kehilangan pekerjaan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana. Selain itu, pembiayaan SPUR ini juga boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan masing-masing.

Berikut dikongsikan maklumat penuh tentang SPUR PUNB:

Baca Lanjut

PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0 BANK RAKYAT: DANA USAHAWAN ASNAF

INFO: PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0 BANK RAKYAT – DANA USAHAWAN ASNAF

Bank Rakyat Malaysia Berhad telah menawarkan satu program bagi membantu usahawan asnaf di Malaysia melalui program RAKYATpreneur 2.0.

Untuk makluman, program RAKYATpreneur 2.0 adalah kesinambungan daripada program RAKYATpreneur 1.0 yang dilancarkan pada September 2021 yang berjaya meningkatkan hasil jualan perniagaan 20 usahawan sehingga 30% kurang dari enam bulan.

Program ini bertujuan membantu usahawan asnaf yang berpotensi tinggi dengan memberikan suntikan dana serta latihan keusahawanan dan pemantauan berterusan bagi membangunkan perniagaan mereka.

Baca Lanjut

MENTOR JUMPER PUNB: PERMOHONAN PEMBIMBING USAHAWAN MUDA

INFO: MENTOR JUMPER PUNB – PERMOHONAN PEMBIMBING USAHAWAN MUDA

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa syarikat-syarikat tempatan yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi pembimbing atau mentor bagi Program JUMPER PUNB.

Untuk makluman, Program JUMPER PUNB adalah program yang diwujudkan bagi menyediakan platform latihan dan bimbingan kepada usahawan muda dalam bidang perniagaan.

Olehj itu, pihak PUNB sedang mencari calon yang sesuai untuk menjadi mentor bagi melaksanakan program ini dan keutamaan diberi pada syarikat bumiputera yang berminat.

Baca Lanjut