11 JENIS BANTUAN JKM YANG DISEDIAKAN SEPANJANG 2021

INFO: 11 JENIS BANTUAN JKM YANG DISEDIAKAN SEPANJANG 2021

Bagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan, perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

Pemberian bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON BANTUAN JKM WARGA EMAS RM500 SEBULAN

INFO: CARA MEMOHON BANTUAN JKM WARGA EMAS RM500 SEBULAN

Kerajaan tidak pernah sesekali menyisihkan warga emas sebaliknya tetap dan terus menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas seperti kemudahan rumah kebajikan orang tua dan juga wang ringgit.

Oleh sebab itu kerajaan telah memperkenalkan skim Bantuan Orang Tua (BOT) untuk membantu warga emas dimana mereka akan menerima bantuan RM500 setiap bulan.Bantuan Orang Tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan Orang Tua (BOT) adalah merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM500 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI AMAUN PENGELUARAN i-SINAR (8 MAC 2021)

INFO: PERMOHONAN BARU & KEMASKINI AMAUN PENGELUARAN i-SINAR (8 MAC 2021)

Mulai 8 Mac 2021, ahli KWSP yang berminat untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 anda boleh berbuat demikian melalui permohonan baru i-Sinar.

Bagi ahli yang sudah membuat permohonan sebelum ini dan berminat untuk tukar amaun pengeluaran, anda boleh kemaskini permohonan sedia ada dengan membuat pindaan amaun yang dibenarkan.

Namun pindaan hanya dibenarkan satu kali sahaja.

Baca Lanjut

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN i-SINAR TANPA SYARAT 2021

INFO: TARIKH BAYARAN PENGELUARAN i-SINAR TANPA SYARAT 2021

Pelaksanaan i Sinar Tanpa Syarat : Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan anda akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Ia berikutan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata pemansuhan tersebut adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Astro Awani.

Baca Lanjut