TBRS TEKUN: SKIM PEMULIHAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM10,000

TBRS TEKUN: SKIM PEMULIHAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM10,000

TEKUN Nasional telah membuka permohonan kepada usahawan perniagaan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 iaitu Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN atau TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS TEKUN).

TBRS merupakan skim pembiayaan mikro yang diuruskan oleh TEKUN Nasional bagi membantu perusahaan mikro memulihkan semula perniagaan mereka setelah terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Untuk makluman, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mana fungsi agensi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

INFO: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mewujudkan satu inisiatif pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

Matlamat utama skim pembiayaan ini ialah untuk memberi dan mewujudkan peluang perniagaan dan menyediakan bantuan modal kepada kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan COVID-19 serta arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan skim pembiayaan ini dilakukan oleh TEKUN Nasional selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Baca Lanjut

JASA CIKGU ROSLE KE AKHIR HAYAT

Allahyarham Rosle Abdul Aziz, 54 Maut Akibat Terjatuh Dari Tingkat Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Tanah Merah | Gambar Harian Metro

KISAH KEHIDUPAN: JASA CIKGU ROSLE KE AKHIR HAYAT

“ABAH selalu tidur awal, namun sejak seminggu lalu, dia sanggup meluangkan masa dengan anak sehingga kami semua masuk tidur pada 12 tengah malam.

“Memang agak pelik dan tidak menyangka itu petanda abah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” luah Muhammad Zulhakim Rosle.

Muhammad Zulhakim, 21, adalah anak kepada guru, Rosle Abdul Aziz, 54, yang maut akibat terjatuh dari tingkat satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Tanah Merah, 12.30 tengah hari, hari ini.

Baca Lanjut

GURU MAUT KETIKA PERSIAPAN BUKA SEKOLAH

Seorang Guru Maut Akibat Terjatuh Dari Tingkat Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Tanah Merah | Gambar Harian Metro

TERKINI: GURU MAUT KETIKA PERSIAPAN BUKA SEKOLAH

GURU lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu di sekolahnya di Tanah Merah, hari ini, ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah esok.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, mangsa berusia 54 tahun meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.

Baca Lanjut