MUSIM HAJI DITERUSKAN, JUMLAH JEMAAH DIHADKAN

Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan namun jumlah jemaah akan dihadkan. – Gambar fail | Astro Awani

TERKINI: MUSIM HAJI DITERUSKAN, JUMLAH JEMAAH DIHADKAN

RIYADH: Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan.

Jumlah jemaah bagi mengerjakan ibadat itu walau bagaimanapun akan dihadkan, lapor stesen televisyen al Ekhbariya, susulan pandemik COVID-19.

“Kementerian Haji dan Umrah telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

Baca Lanjut

PANDUAN PERMOHONAN ONLINE BANTUAN IBU TUNGGAL RM300 PENJANA

INFO: PANDUAN PERMOHONAN ONLINE BANTUAN IBU TUNGGAL RM300 PENJANA

Bagi para ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yang dipanggil Pelan Jana Ekonomi (PENJANA).

Salah satu insentif yang telah diumumkan di dalam PENJANA ialah pemberian wang tunai one-off kepada ibu tunggal di Malaysia sebanyak RM300.

Baca Lanjut

KES MENINGKAT, TERBAHARU PENUNTUT RUGI RM99,040

JENAYAH: KES MENINGKAT, TERBAHARU PENUNTUT RUGI RM99,040

SINDIKET Macau Scam di Negeri Sembilan meningkat 45 peratus, khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, sebanyak 127 kes direkodkan bagi enam bulan pertama tahun ini hingga 16 Jun lalu, dengan nilai kerugian dianggar RM3.6 juta.

Katanya, jumlah itu berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatat 27 kes dengan kerugian RM1.5 juta.

Baca Lanjut

FACEBOOK SHOP, PRODUK BARU YANG BAKAL BERSAING DALAM PASARAN E-DAGANG DUNIA

BISNES: FACEBOOK SHOP, PRODUK BARU YANG BAKAL BERSAING DALAM PASARAN E-DAGANG DUNIA

Covid-19 yang melanda dunia sekarang telah mengubah hampir 100% cara kita menjalani kehidupan. Penjarakan sosial kini merupakan perkara utama yang perlu kita semua amalkan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Kita terpaksa melalui kehidupan norma baru yang telah mengrubah aktiviti seharian kita. Ini juga termasuk dalam cara kita membeli-belah barang keperluan.

Sejak Covid-19 ini menular, semakin ramai orang di seluruh dunia mula menjadikan pembelian online sebagai norma baru kehidupan mereka. Kadar jualan kedai fizikal telah menunjukan  penurunan akibat lockdown yang telah dijalankan oleh kebanyakan negara dan kini sebahagian kecil negara mula membuka sektor ekonomi mereka termasuk Malaysia.

Baca Lanjut