PENJELASAN ISU PELAJAR PH.D UTM

ISU SEMASA – PENJELASAN ISU PELAJAR PH.D UTM

Susulan tular kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi dan tinggal bersama Abang kandungnya dalam khemah usang.

Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah tampil memberi penjelasan seperti di bawah ini. Difahamkan juga, pihak Lembaga Zakat Selangor turut tampil memberi penjelasan berkaitan isu yang sama ini.

Baca Lanjut

PELAJAR PH.D KEJURUTERAAN AWAM UTM TINGGAL DALAM KHEMAH

KISAH KEHIDUPAN – PELAJAR PH.D KEJURUTERAAN AWAM UTM TINGGAL DALAM KHEMAH

1 Mei 2020 – Kecoh apabila kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi diviralkan oleh pemandu kenderaan IPD yang menghantar beliau balik malam tadi.

Pelajar tersebut, Maznah Binti Ismail yang terkandas dalam kampus sejak penularan wabak Covid 19 dibenarkan balik ke kampong bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh Kerajaan.

Tinggal bersama dalam khemah usang itu ialah Abang kandungnya, Radzuan bin Ismail bersama isteri dan 6 orang anak beliau. Radzuan bekerja di Kilang Sawit di Batu 10, tidak mampu mendirikan rumah baharu.

Baca Lanjut

POS MALAYSIA TAWAR PELUANG INDIVIDU INGIN JADI “POS RIDER”, KOMISYEN SEHINGGA RM6000

TERKINI – POS MALAYSIA TAWAR PELUANG INDIVIDU INGIN JADI “POS RIDER”, KOMISYEN SEHINGGA RM6000

Pos Malaysia Berhad membuka peluang kepada orang ramai yang memiliki van untuk menyertai Pos Rider di seluruh Malaysia.

Tawaran itu terbuka bagi mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengisi masa kekosongan yang ada disamping meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing di waktu sukar ini.

Baca Lanjut

KANAK-KANAK DERITA TUMOR PERLU BANTUAN

KISAH KEHIDUPAN – KANAK-KANAK DERITA TUMOR PERLU BANTUAN

Dalam hidup ini, setiap manusia tidak dapat lari daripada menempuh ujian daripada Tuhan, yang membezakan adalah bagaimana kita melaluinya.

Begitu juga nasib hidup seorang kanak-kanak lelaki ini diduga dengan penyakit, ditambah pula dengan kedaifan hidup keluarga, yang kini semakin buntu mencari jalan untuk merawatnya.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Shabie Delos Reyes Fabian, kanak-kanak yang bernama Firdaus ini memerlukan bantuan dana untuk ubat-ubatan bagi merawat penyakit tumor yang sedang dideritai olehnya.

Baca Lanjut