PANDUAN & SOALAN LAZIM BERKAITAN BANTUAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

INFO – PANDUAN & SOALAN LAZIM BERKAITAN BANTUAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

TERKINI: PENGELUARAN i-LESTARI TAK PERLU GUNA i-AKAUN, TAK PERLU GUNA BORANG, TAK PERLU BERATUR! SEMUANYA ONLINE! KLIK UNTUK INFO LANJUT –>

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei.

Baca Lanjut

PETRONAS SUMBANG PERALATAN DAN BEKALAN PERUBATAN BERNILAI RM20 JUTA

TERKINI – PETRONAS SUMBANG PERALATAN DAN BEKALAN PERUBATAN BERNILAI RM20 JUTA

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Yayasan Petronas, cabang tanggungjawab sosial korporat Petronas, menyumbang peralatan dan bekalan perubatan bernilai RM20 juta untuk membantu petugas barisan hadapan hospital dan penjaga kesihatan untuk mengurangkan penyebaran penularan COVID-19 di Malaysia.

Yayasan Petronas berkata sumbangan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“KKM dan NADMA akan menghantar peralatan dan bekalan perubatan kritikal, termasuk ventilator, katil hospital dan tilam, kamera pengimbas suhu, termometer digital, peralatan ujian virus, topeng dan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) kepada hospital yang diwartakan untuk COVID-19 dan pusat kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca Lanjut

PANDUAN MEMOHON BANTUAN KHAS DAN ZAKAT MAIPk EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

PANDUAN MEMOHON BANTUAN KHAS DAN ZAKAT MAIPk EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

DUKACITANYA Pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengumumkan bahawa peruntukkan bagi Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk telah mencapai tahap maksimum dan telah DITUTUP SECARA RASMI.

UPDATE TERKINI : Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Telah Mula Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima mulai 30hb Mac 2020

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menyedari perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.

Justeru, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf, pada masa yang sama MAIPk juga harus mengambil langkah berjaga-jaga dan sama sekali tidak berkompromi dalam soal menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai lebih-lebih lagi dalam suasana dan situasi ketika ini.

MAIPk sangat menghargai usaha dan pengorbanan petugas hadapan di hospital dan klinik seluruh negeri Perak. Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan para petugas yang terlibat secara langsung kini telah bertugas dengan mendapat rehat yang minimum. Bekerja dari pagi sehingga ke malam demi memastikan aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan dan seterusnya melindungi nyawa orang awam.

Baca Lanjut

KENALI LELAKI YANG BERADA PALING HADAPAN KETIKA NEGARA DIANCAM COVID-19

KENALI LELAKI YANG BERADA PALING HADAPAN KETIKA NEGARA DIANCAM COVID-19

Ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik penularan wabak penyakit Covid-19, kita patut bersyukur kerana di barisan paling hadapan sekali ada seorang lelaki yang benar-benar komited untuk memimpin puluhan ribu jururawat, para doktor serta pegawai perubatan yang lain.

Beliau pada ketika ini sedang bertukus-lumus dan bekerja-keras bagi memastikan kesejahteraan jutaan nyawa daripada terancam akibat daripada penularan wabak penyakit yang sangat merbahaya ini.

Beliau tak lain dan tak bukan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Baca Lanjut