TERKINI: COVID-19 KINI DIISYTIHAR SEBAGAI WABAK PANDEMIK – WHO

TERKINI: COVID-19 KINI DIISYTIHAR SEBAGAI WABAK PANDEMIK – WHO

Koronavirus atau Covid-19 yang telah ‘menyerang’ sekurang-kurangnya 114 buah negara seluruh dunia dan meragut lebih 4,000 nyawa, kini diisytiharkan secara rasmi sebagai ‘pandemik’ seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.

”WHO telah menilai penularan wabak ini sepanjang masa dan kami sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan keterukan wabak ini, serta tahap tindakan yang tidak mencukupi.

Baca Lanjut

JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP YANG RAMAI ORANG TAK TAHU DAN CARANYA

INFO KEWANGAN – JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP YANG RAMAI ORANG TAK TAHU DAN CARANYA

Duit dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ni?

Boleh bro….”

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

Ramai yang tak tahu sebenarnya ada macam-macam jenis pengeluaran KWSP yang boleh dibuat dan di sini dikongsikan sekali cara serta kaedah pengeluaran ini.

Baca Lanjut

EKSEKUTIF KHAZANAH POSITIF COVID-19

Sumber berkata pekerja itu ialah Kes 26, satu daripada empat kes baru yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

TERKINI – EKSEKUTIF KHAZANAH POSITIF COVID-19

Khazanah Nasional Berhad hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya dijangkiti wabak Covid-19 dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan kontak rapat kakitangan tersebut.

Khazanah tidak menyatakan maklumat lanjut tetapi sumber memberitahu Malaysikini bahawa kakitangan itu ialah Kes 26, iaitu salah satu daripada empat kes baru yang diumumkan Kementerian Kesihatan hari ini.

Sumber itu berkata kakitangan itu adalah pegawai kanan pengurusan Khazanah.

Baca Lanjut

COVID-19: KES TERBARU LIBATKAN WANITA RAKYAT MALAYSIA BARU PULANG DARI JEPUN

TERKINI – COVID-19: KES TERBARU LIBATKAN WANITA RAKYAT MALAYSIA BARU PULANG DARI JEPUN

Wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China. Pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui, dan mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, terdapat dua (2) kes yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah pulih sepenuhnya, manakala terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Baca Lanjut