SIAPA YANG TIDAK KENAL DENGAN DATUK SERI VIDA AHLI PERNIAGAAN YANG SANGAT BERJAYA DAN MENETAP DI BANDARAYA IPOH INI.
Baru-baru ini beliau telah viral dengan klip video terbarunya yang berjudul ‘Lavida Go Bola’ sempena Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia sekarang ini. Sebelum itu video muzik terbaharu beliau yang berjudul ‘Lavida Raya‘ telah mencapai lebih 1.8 juta view di laman youtube sejak dilancarkan pada musim raya baru-baru ini.
Begitulah hebatnya wanita bernama Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV).
Beliau memiliki ketokohan dan sisi berbeza dalam bidang keusahawanan berikutan kebijaksanaannya menyusun strategi pemasaran serta penjenamaan melangkaui masa depan.
KOMEN TERKINI