CARA CLAIM INTERNET PERCUMA 1GB SEHARI SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

INFO: CARA CLAIM INTERNET PERCUMA 1GB SEHARI SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

Selain penambahan kredit RM50, kerajaan juga mengumumkan pemberian Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari sehingga 31 Disember 2020. Terkini, pemberian data Internet percuma ini diteruskan sehingga 31 Disember 2021 melalui pakej PEMULIH yang diumumkan baru-baru ini.

Berikut dikongsikan cara-cara tebus / claim internet percuma untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, dan TM Unifi. Untuk makluman, pemberian Internet percuma ini telah dimulakan sejak PKP dan kini disambung sehingga penghujung tahun bagi memudahkan urusan pembelajaran secara online.

Data 1GB percuma ini boleh digunakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.

Baca Lanjut

INTERNET PERCUMA 1GB SEHINGGA 31 DIS 2020

Gambar: Bernama

TERKINI: INTERNET PERCUMA 1GB SEHINGGA 31 DIS 2020

PUTRAJAYA, 5 Jun  — Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kata  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), beliau berkata inisiatif internet percuma itu disediakan sehingga 31 Dis 2020 yang antara lain membolehkan pengguna melayari laman web pendidikan dan aplikasi persidangan video.

“Selain itu semua pengguna akan mendapat akses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi COVID-19 kerajaan khususnya MySejahtera,” katanya.

Baca Lanjut