ISTERI HARAP SUSPEK MABUK TERLIBAT KEMALANGAN MAUT TERIMA HUKUMAN SETIMPAL

Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu menentang arus di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja syarikat pembersihan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi, direman empat hari bermula hari ini. – BERNAMA

KISAH KEHIDUPAN – ISTERI HARAP SUSPEK MABUK TERLIBAT KEMALANGAN MAUT TERIMA HUKUMAN SETIMPAL

KUANTAN: Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi, berharap suspek kejadian itu menerima hukuman sewajarnya.

Zetti Haryanti Hassan, 42 tahun, berkata hukuman itu diharapkan memberi pengajaran kepada individu lain untuk tidak melakukan kesalahan serupa, sehingga menyebabkan ada keluarga terpaksa kehilangan orang tersayang dan tulang belakang seperti yang dialaminya.

“Saya dan anak-anak berharap arwah suami akan memperoleh keadilan. Arwah adalah anak, suami dan bapa yang baik serta bertanggungjawab, malah kejadian berlaku semasa arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga.

Baca Lanjut

LELAKI MAUT DILANGGAR PEMANDU MABUK, LAWAN ARUS

KEMALANGAN – LELAKI MAUT DILANGGAR PEMANDU MABUK, LAWAN ARUS

KUANTAN: Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan untuk bertugas syif malam di Jalan Pintasan Kuantan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang mangsa yang dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu itu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus.

Baca Lanjut

AIDILFITRI INI SAYU TANPA MAMA, ABAH

KISAH KEHIDUPAN: AIDILFITRI INI SAYU TANPA MAMA, ABAH

“SETIAP kali menjelang Aidilfitri, mama dan abah paling sibuk memilih warna tema, mencari baju untuk kami serta menempah kuih semperit, namun kini hanya tinggal kenangan,” kata Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.

Nur Afni bakal menyambut kedatangan Aidilfitri dalam suasana suram bersama adik-adiknya iaitu Nur Istana Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran, 2, apabila bergelar yatim piatu.

Mereka kematian bapa Khairizul Mohamad Noor, 38, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 9 Februari, disusuli dengan pemergian ibu mereka Zuriana Hasan, 35, di Hospital Seberang Jaya (HSJ), 5 April lalu.

Baca Lanjut

JURURAWAT MAUT KERETA DIPANDU BERTEMBUNG DENGAN PACUAN EMPAT RODA

KEMALANGAN – JURURAWAT MAUT KERETA DIPANDU BERTEMBUNG DENGAN PACUAN EMPAT RODA

BEAUFORT: Seorang jururawat masyarakat maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Nukahan, KM28 Jalan Beaufort-Menumbok, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata mangsa Siti Zaharah Jeris@Idris, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Kuala Penyu sebelum bertembung dengan kenderaan itu dari arah bertentangan.

Baca Lanjut