KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI (WAJIB 2)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 14hb sehingaa 15hb Mac 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) iaitu Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2).

Kursus dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini telah berlangsung dengan jayanya di Tower Regency Hotel & Residence, Ipoh Perak dan telah dihadiri oleh lebih 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dari seluruh Negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi En Mohamad Firdaus Mansor.

Baca Lanjut

SUMBANGAN TABUNG KASIH KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN DIPERLUKAN

SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH KEBAJIKAN PERTUBUHAN BADAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM DARUSSALAM IPOH, PERAK.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan sebuah majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kasih kepada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak Anak Yatim Darussalam Ipoh Perak dan meraikan seramai 36 orang anak-anak yatim di rumah kebajikan ini yang terletak di alamat No 70 Jalan Haji Mohd Noordin, Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh, Perak.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 16hb April 2023 ini jam 5.00 petang bertempat di alamat di atas di mana penghuni rumah kebajikan ini akan diraikan serta menerima sumbangan duit raya dan keperluan asas yang lain hasil daripada kutipan orang ramai melalui program ini.

Jesteru itu, kami ingin menyeru orang ramai yang budiman termasuk para usahawan di Bandar Ipoh terutamanya dan sekitar negeri Perak tampil untuk memberikan sumbangan masing-masing bagi pelaksanaan program ini.

Baca Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN OPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb Mac 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Operasi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-01/2023 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Peral Bhd di Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat Jawatan Kewangan dan Operasi ini telah dipengerusikan oleh En Sharul Rahman selaku Ketua Jawatankuasa Kewangan dan Operasi Koperasi serta dihadiri oleh barisan jawatankuasa yang terdiri daripada En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi, En Firdaus selaku Bendahari Koperasi, En Khairul selaku Penolong Bendahari dan Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Koperasi.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pembantu Tadbir Kewangan dan Operasi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Nazreen dan Pn Sha selaku Penyelia Kantin KOPUBI Perak bhd.

Baca Lanjut

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR INTERN KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 5hb Februari 2023 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengadakan majlis perpisahkan bagi meraikan Pelajar Latihan Industri iaitu Cik Asma Aimuni salah seorang pelajar Pengajian Muamalat daripada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur yang tamat latihan selama 4 bulan di PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut