
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 20hb Ogosi 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman berserta Ahli Lembaga Koperasi merangkap Timbalan Pengerusi PUBI Perak telah mengadakan perbincangan bersama wakil J&T Ekspress Malaysia dari Ibu Pejabat Negeri Perak iaitu Mr Jeff selaku Business Development Executive J&T Eskpress Malaysia.
Objektif utama perbincangan ini adalah bertujuan untuk memperhalusi kerjasama strategik di antara kedua-dua entiti ini serta membincangkan perancangan bisnes yang bersesuaian di antara kedua-dua pihak demi memacu pembangunan ekonomi yang rancak masa hadapan.
Perbincangan tersebut berjalan dengan sangat baik dan kedua-dua pihak telah menentapkan hala tuju masing-masing dan seterusnya mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan apa yang dirancang akan berjaya direalisasikan nanti.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI