
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 23hb Jun 2020 yang lalu pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perbincangan dengan Mr Ralph Lim, Pengarah Urusan Syarikat Ecobio Pack Sdn Bhd yang merupakan rakan strategik KOPUBI Perak Bhd bagi projek pembekalan produk Biodegradable ‘Paper Straw’ yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi, En. Sharul Rahman, Pn Shams, selaku Bendahari KOPUBI dan Pemangku Ahli Lembaga KOPUBI iaitu Pn Noorzalina.
Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan sebuah projek iaitu Projek pembekalan produk Biodegradble ‘Paper Straw’ ke seluruh Negeri Perak dan Projek koperasi ini telah terhenti seketika susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI