MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI PERAK BHD. BIL 03-2020

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 06hb Jun 2020 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil.03/2020 bagi sesi tahun 2019/2020 di Board Room Casuarina @ Meru Hotel Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Persatuan diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang bakal dijalankan pada suku pertama yang lalu dan suku tahun kedua bagi tahun 2020 ini.

Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat.

Baca Lanjut

PERBINCANGAN PROJEK USAHASAMA PEMBEKALAN BUAH STRAWBERRY

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 28hb Mei 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama Tuan Abu Naufal selaku Timbalan Pengerusi telah telah mengadakan sesi perbincangan bersama Tuan Syed Aznil yang merupakan salah seorang pengusaha Cafe di Cameron Highlands iaitu Paknil’s BBQ & Grill.

Turut hadir pada perbincangan ini adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Shams dan rakan niaga kepada Tuan Syed Aznil.

Perbincangan utama pada hari ini adalah untuk memperhalusi kerjasama strategik projek pembekalan Buah Strawberry Segar, Jagung Susu Segar dan Ubi Segar dari Cameron Highlands di antara Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad dengan salah sebuah anak syarikat milik beliau.

Baca Lanjut

TAKLIMAT MANFAAT EKONOMI DAN KEANGGOTAAN KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 10hb Mac 2020 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan siri jelajah ke agensi-agensi kerajaan di Bandaraya Ipoh untuk mengadakan sesi taklimat kepada staf-staf dan kakitangan agensi berkenaan Manfaat Ekonomi dan Keanggotaan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Alhamdulillah, sambutan diberikan adalah sangat memberangsangkan di mana staf serta kakitangan terbabit mengambil peluang dan kesempatan untuk mendaftar sebagai anggota koperasi ini.

Untuk pengetahuan semua KOPUBI Perak Bhd adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan telah diaudit sepenuhnya oleh suruhanjaya ini.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PENGKALAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 22hb Fabruari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan aktiviti mempromosi kempen keanggotaan KOPUBI Perak Bhd sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Pengkalan, Taman Pinji Mewah, Ipoh Perak.

Jemputan tetamu kehormat dan perasmi Majlis ini adalah Yang Berhormat Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin selaku ADUN Sungai Rapat merangkap Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah.

Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman juga telah dijemput untuk hadir ke mesyuarat ini dan turut menyumbangkan hamper kepada Ibubapa & guru mewakili pihak Koperasi.

Baca Lanjut