SEBAR BERITA PALSU KORONAVIRUS: PDRM, MCMC BERI AMARAN TINDAKAN TEGAS

Kredit Photo – Bernama

INFO – SEBAR BERITA PALSU KORONAVIRUS: PDRM, MCMC BERI AMARAN TINDAKAN TEGAS

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita palsu mengenai penularan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Amaran itu dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menyatakan perbuatan itu boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.

“PDRM dan MCMC mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam,” menurut PDRM dan MCMC dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Baca Lanjut

KORONAVIRUS: 80 MENINGGAL DUNIA DI CHINA

TERKINI – KORONAVIRUS: 80 MENINGGAL DUNIA DI CHINA

Ketahui Langkah-Langkah Cegah Jangkitan Novel Coronavirus –>

Penduduk Hubei, Wuhan, tempat wabak itu bermula kini disekat daripada memasuki Hong Kong.

Jumlah kematian akibat koronavirus baru di China meningkat kepada 80 orang,

Dalam tempoh semalaman sahaja, jumlah kematian meningkat hari 56 kepada 76 orang, menurut pegawai kesihatan negara itu.

Baca Lanjut