KONON JUMPA BAYI, RUPANYA ANAK SENDIRI!

Bayi lelaki dilahirkan sihat didakwa ditingggalkan di tangga rumah suspek rupa-rupanya anaknya sendiri. | Gambar – Sinar

TERKINI – KONON JUMPA BAYI, RUPANYA ANAK SENDIRI!

IPOH – Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup ditinggalkan di tangga di sebuah rumah di Kampung Batu 9, Chemor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bayi yang masih sihat dan bertali pusat itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati bayi tersebut merupakan milik salah seorang penghuni rumah terbabit.

Baca Lanjut