SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA KUMPULAN PUBI

AIDIL FITRI MENJELMA LAGI..

Kedatangan 1 Syawal 1443 Hijrah bersamaan 2 Mei 2022 Masihi sememangnya amat dinanti-nantikan kerana umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan selepas melaksanakan tuntutan agama yang juga antara lima Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan. Seterusnya tibalah masa untuk mendedikasikan atau membuat ucapan mahupun pantun selamat hari raya Aidilfitri kepada orang tersayang serta rakan-rakan.

Baca Lanjut

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI OLEH PENGERUSI PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD

Bismillahirahmanirahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana diberikan kesihatan yang baik untuk kita sama-sama meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi. Sesungguhnya berkat limpah kurnia dariNya ini dapat kita menghirup udara yang nyaman di bumi Malaysia yang aman damai ini. Baca Lanjut

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI! MAAF ZAHIR & BATIN

Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak & Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua kaum muslimin dan Muslimat.

Semoga hari lebaran ini membawa sejuta kemaafan dan sejuta kebahagian buat kita semua..

Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui..

Insyallah..

#PUBIPerak
#KOPUBIPerakBhd