SELAMAT HARI LAHIR BUAT TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-93 TAHUN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA.

PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd ingin merakamkan ucapan ‘Selamat Hari Lahir’ buat YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas ulangtahun kelahiran beliau yang ke 93 tahun.

Semoga Allah melanjutkan usia Yang Amat Berhormat dan dikurniakan kesihatan yang baik dariNya.

Insyallah.

10 NASIHAT TUN M KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA MALAYSIA

10 NASIHAT TUN M KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA MALAYSIA

Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang telah dilantik semula sebagai pada menteri setelah memenangi Pilihanraya Umum ke-14 baru-baru ini. Beliau adalah ikon di dalam negara kita yang sangat berpengaruh dan telah berjaya memimpin Pakatan Harapan menakluki pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.

Beliau juga adalah seorang negarawan yang sangat dihormati di seluruh dunia dan kata-kata beliau sering diguna pakai oleh setiap golongan masyarakat di negara ini untuk dijadikan pedoman atau panduan hidup. Baca Lanjut

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK BERKAITAN PELANTIKAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7

 

  1. PUBI Perak menyokong penuh pelantikan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7.
  2. Kerajaan baru yang ditubuhkan wajar meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan keusahawanan bumiputera, penyediaan infrastruktur dan fasiliti yang lebih baik kepada usahawan untuk terus maju.
  3. Kerajaan di bawah Pimpinan YAB Perdana Menteri juga wajar meneruskan program-program untuk membantu usahawan kecil mahupun besar dari segi modal termasuk pinjaman, pemberian geran dan sebagainya.
  4. PUBI Perak sangat berharapan kepentingan usahawan bumiputera dijaga, terpelihara dan terbela di bawah kerajaan persekutuan yang baru dibentuk ini.
  5. PUBI Perak juga berharap pimpinan YAB Perdana Menteri memberi perhatian sepenuhnya termasuk membantu serta mengiktiraf NGO-NGO yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Pesekutuan bagi membina semula Negara Malaysia kearah yang lebih baik.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

11/05/2018