HARI TERBUKA KOPUBI PERAK BHD

JOM HADIR KE HARI TERBUKA & TAKLIMAT MANFAAT EKONOMI DAN SOSIAL BERSAMA KOPUBI PERAK BHD

Anda semua adalah dijemput untuk hadir ke Hari Terbuka & Taklimat Koperasi yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Anda juga boleh menjadi anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd serta berpeluang untuk memperolehi dividen tahunan yang bakal ditentukan mengikut prestasi kewangan koperasi serta menikmati pelbagai manfaat sosial yang ditawarkan seperti khairat kematian, bersiraturrahim sesama ahli dan lain-lain manfaat lagi. Baca Lanjut

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI OLEH PENGERUSI PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD

Bismillahirahmanirahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana diberikan kesihatan yang baik untuk kita sama-sama meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi. Sesungguhnya berkat limpah kurnia dariNya ini dapat kita menghirup udara yang nyaman di bumi Malaysia yang aman damai ini. Baca Lanjut

MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN PUBI PERAK

ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN DARI PERTUBUHAN BAITUL AINI, KAMPUNG MERAWAN INDAH, SIMPANG PULAI DIRAIKAN DALAM SUASANA BAHAGIA DAN MERIAH DI HOTEL KINTA RIVERFRONT IPOH PERAK.

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Iftar bersama anak-anak yatim dan fakir miskin dari Pertubuhan Baitul Aini yang terletak di Kampung Merawan Indah, Simpang Pulai Perak. Syukur kepadaNya kerana majlis ini berjalan dengan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang. Baca Lanjut