PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI 2023

PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Selangor bakal menganjurkan Program Inkubator Usahawan Belia Tani bagi warga belia yang berminat.

Program ini adalah salah satu bentuk latihan pertanian jangkamasa panjang secara praktikal di ladang. Peserta yang terpilih akan menyertai program ini bermula pada Januari sehingga November 2023 secara sepenuh masa di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.

Baca Lanjut

TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA : BANTUAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM 20,000

INFO : TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA

Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi muda FELDA yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Inisiatif ini diwujudkan selaras dengan matlamat FELDA yang kini mengorak langkah ke arah melahirkan usahawan digital yang berdaya saing sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negara.

Tabung Usahawan Belia FELDA(TUBF) dengan dana pusingan berjumlah RM 10 juta ini merupakan peluang yang cukup baik untuk usahawan muda yang ingin mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2022

INFO: PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2022

Usahawan belia Bumiputera kini berpeluang mendapatkan latihan dan geran di bawah SME Corp menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) 2022.

TUBE merupakan inisiatif kerajaan yang diwujudkan pada tahun 2014 semasa Kongres Usahawan Muda Bumiputera bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. 

Selain itu, program ini juga menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE)

INFO: PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE)

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada 27 – 29 Mac 2014 yang lalu. Semasa Majlis Penutup Kongres pada 29 Mac 2014, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan Program Tunas Usahawan Bumiputera pada tahun tersebut.

Terkini, SME Corp. Malaysia akan meneruskan pelaksanaan Progam Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) ini melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Program TUBE kali ini dilaksanakan secara dalam talian bagi tujuan keselamatan dan kesihatan daripada penularan wabak Covid-19.

Baca Lanjut