TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MALAYA DAN TERIMA KASIH MALAYSIA!
Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong pasukan bola sepak Malaysia terutama Ultras Malaya yang telah hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan pasukan negara.
Tahniah juga buat ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, para pemain skuad Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan dan pegawai kerana telah berjaya membawa Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2018 dan diharap mereka semua terus fokus serta lebih bersedia bagi menghadapi aksi seterusnya pada Sabtu, 1 Disember 2018 (home) dan Rabu, 5 Disember 2018 (away).
Semoga kejayaan milik kita semua..
Insyallah..
Suasana di Stadium Bukit Jalil malam tadi! Tahniah Harimau Malaya tumpaskan Myanmar 3-0 seterusnya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2018.
TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MALAYA DAN TERIMA KASIH MALAYSIA! Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong pasukan bola sepak Malaysia yang telah hadir ke Stadium Rajamangala, Bangkok bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan pasukan negara malam tadi. Tahniah juga buat ketua jurulatih Tan…
SOKONGAN PADU BUAT PASUKAN PERAK HARIMAU MALAYA PADA FINAL PIALA SUZUKI AFF 2018 YANG BAKAL BERLANGSUNG MALAM INI! PUBI Perak & KOPUBI Perak berhad dengan ini menyatakan sokongan yang padu buat pasukan Harimau Malaya yang akan menentang pasukan Vietnam di perlawanan Akhir (Pusingan 1) Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal…
INFO TIKET FINAL 1 PIALA SUZUKI AFF 2018 DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL PADA SELASA, 11HB DISEMBER 2018. Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia bertemu Vietnam atau Filipina telah ditetapkan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini, 11 Disember 2018 dengan sepak mula 8.45 malam.Sama…
Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 019-577 3924.
All images are copyrighted to their respective owners.
KOMEN TERKINI