PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 20hb September 2024 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke Taklimat Bersama Ngo Dan Wakil Peniaga Bagi Program Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAS) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Inisiatif Baharu PERKESO Mendepani Masyarakat Madani

Sesi taklimat ini diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Gunung Rapat Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan telah dihadiri oleh Saudara Aiman Bin Mohd Ghazali selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak.

Taklimat ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Mod Zamri bin Md Ali selaku Pakar Perubatan Kesihatan Awam UD56, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.

Taklimat kemudiannya diteruskan sesi penerangan berkaitan Pengenalan Program BeBAs, Pengiktirafan Premis Bersih dan Selamat (BeSS) dan Kepatuhan Larangan Merokok di Premis Makanan.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Negeri Perak telah mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini termasuk PUBI Perak yang sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan.

Sesi taklimat ini diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Gunung Rapat Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan telah dihadiri oleh Saudara Aiman Bin Mohd Ghazali selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak.

Sesi ini merupakan platform kepada wakil-wakil peniaga dan badan bukan kerajaan di NGO untuk menyalurkan sebarang pertanyaan mahupun pandangan dalam usaha menzahirkan premis makanan yang lebih selesa, indah dan bersih serta mewujudkan negara yang sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040.

Antara persatuan dan agensi-agensi yang terlibat Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia, PEMADAM, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Cawangan Daerah Kinta, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Negeri Perak (PPKMP), Persatuan Penjaja-penjaja Kecil Melayu Pasar Malam Bergerak Bahagian Kinta (PAYUNG) dan dan lain-lain.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan

Leave a Reply