PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini, pada 27hb Julai 2019 yang lalu. Telah berlangsung sebuah program anjuran JK Pembangunan Wanita PUBI Perak yang diketui oleh Pn. Zuraida Zulkepli iaitu Taklimat Pembungkusan, Pelabelan & Nutrisi Makanan.

Taklimat yang berlangsung di Institut Latihan Penjawat Awam (ILPA), Jalan Raja Di Hilir Ipoh Perak telah dihadiri oleh penceramah jemputan khas iaitu En Razali Abdul Razak dari Syarikat Kbiocorp Sdn Bhd yang menceritakan topik yang sangat berguna kepada peserta yang kebanyakkan terdiri daripada usahawan dan pengusaha bidang makanan.

Taklimat yang sangat berguna ini memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di dalam perniagaan masing-masing terutamanya kepada mereka yang terlibat di dalam industri pemakanan.

Antara topik-topik dan ilmu pengetahuan yang disampaikan di dalam taklimat ini adalah meliputi;

1. Konsep Pemprosesan Makanan, Pengawetan & Pembungkusan,
2. Pengetahuan berkaitan Teknologi Pembungkusan Bagi Produk Makanan yang ada di pasaran.
3. Pemahaman berkaitan Garis Panduan Pelabelan, Fakta Pemakanan & Nutrisi

Syukur majlis berjalan dengan lancar dan majlis penutup
Taklimat Pembungkusan, Pelabelan & Nutrisi Makanan ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Teja iaitu YB Sandrea Ng.

Beliau turut berbesar hari untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta yang telah hadir ke taklimat ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..