
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 25hb Januari 2025 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke sebuah sesi Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Ipoh 2025 anjuran Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlesenan MBI dan telah diadakan di Dewan Sebaguna Bandar Baru Tambun, Jalan Tambun Permai di Ipoh.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 04/2024
Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu Tuan Ahmad Munir bin Ishak dan telah dihadiri Y.Bhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abd Rahman selaku Ketua WHIP Ahli Majllis MBI, Ahli Majlis dan ketua-ketua Jabatan MBI.
Mewakili PUBI Perak ke sesi taklimat ini adalah Timbalan Pengerusi PUBI iaitu En Muhammad Farhan dan Ahli Jawatankuasa PUBI iaitu En. Khairul Akmal.
Turut hadir ke taklimat ini adalah wakil-wakil daripada penganjur seperti Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG), Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA), Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak dan lain-lain lagi.
Taklimat ini telah dianjurkan bagi membentangkan syarat-syarat serta tatakelola pelaksanaan Bazar Ramadan di bawah selian Majlis Bandaraya Ipoh kepada penganjur yang telah berjaya dipilih sebagai penganjur bazar ramadan yang sah bagi tahun 2024 ini.
Alhamdulillah Tuan Ahmad Munir bin Ishak selaku Setiausaha Bandaraya memaklumkan sebanyak 22 lokasi bazar Ramadhan di bawah pentadbiran MBI bagi tahun 2024, dengan jumlah keseluruhan tapak yang dibuka sebanyak 1408 dengan melibatkan sebanyak 13 penganjur yang terdiri daripada NGO, Koperasi, KRT dan Jawatankuasa Masjid/Surau.
Dalam pada itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dilantik secara rasmi sebagai salah satu penganjur bagi Bazar Ramadan ini di mana PUBI Perak akan menganjurkan Bazar Ramadan tersebut di dua buah lokasi yang sangat strategik iaitu di Station 18 (Laluan di perkarangan AEON Ipoh Station 18) dan juga di Taman Temara.
Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pihak Majlis Bandaraya Ipoh kerana telah melantik PUBI Perak sebagai salah satu penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh ini.
Sementara itu, Pengerusi PUBI Perak, En Sharul Rahman turut merakam ucapan setinggi penghargaan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh terutamanya Datuk Bandar di atas kepercayaan serta keyakinan terhadap Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bagi menjayakan Bazar Ramadan bagi tahun 2024 / 1445H ini.
Sudah pasti peluang yang diberikan ini akan dimanfaat bersungguh-sungguh bagi memastikan pelaknaan Bazar Ramadan ini lancar serta mengikut piawaian yang telah ditetapkan disamping membantu peniaga-peniaga kecil menambah pendapatan pada bulan yang sangat mulia ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI