KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 22hb November 2019 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dijemput untuk menghadiri Majlis Taklimat Perjanian Usahawan Projek Ladang Harapan yang melibatkan wakil daripada pihak SADC Perak, AGRO Bank Malaysia dan juga pihak Peguam.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi, En. Sharul Baha Abd Rahman, Timbalan Pengerusi Koperasi EN Kudus Alie Novel, Setiausa Koperasi En Mohamad Jamean Zulkepli dan seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Cik Nor Zarina Zamzuri.

Pada taklimat ini sebanyak 8 buah koperasi di Negeri Perak yang telah terpilih untuk menyertai projek ladang harapan anjuran SADC Perak ini telah hadir.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mendengar sendiri proses dan perjalanan projek yang bakal dijalankan serta keuntungan yang bakal diperolehi oleh setiap koperasi yang terlibat.

Draf perjanjian juga dibentangkan oleh pihak peguam dan diterangkan satu persatu supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan serta perkara-perkara berbangkit di kemudian hari.

Pihak AGRO Bank Malaysia cawangan Negeri Perak juga telah hadir bagi menerangkan dari segi pembiayaan kewangan yang disediakan bagi membiayai projek ladang harapan ini


Ahli Lembaga Koperasi yang hadir pada taklimat ini. Dari kiri, En Mohamad Jamean (Setiausaha), En. Sharul Baha (Pengerusi), En. Kudus Alie Novel (Timb. Pengerusi) dan Cik Nor Zarima (Ahli Lembaga Koperasi)

Alhamdulillah, taklimat ini berjalan dengan baik dan semua Ahli Lembaga Koperasi yang hadir mewakili koperasi masing-masing sangat berpuas hati dengan sesi ini.

Begitu juga dengan pihak KOPUBI Perak Bhd sangat berpuas hati dan teruja dengan peluang yang diberikan oleh pihak SADC Perak.

KOPUBI Perak Bhd juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas usaha dan inisiatif yang diambil oleh SADC Perak di dalam usaha membantu gerakan koperasi di Negeri Perak ini bagi mengembangkan ekonomi disamping meningkatkan pendapatan koperasi masing-masing.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

En. Kudus Alie Novel Mohamad Yunus
Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.