PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 26hb Julai 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima jemputan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPK) untuk menghadiri program Tayangan Perdana menonton filem Mat Kilau bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa DK, DKA, SPCM, JSM. selaku Tuanku Raja Muda Negeri Perak Darul Ridzuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Asas Pemasaran Berkesan (Siri-2)

DYTM Tuanku Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa DK, DKA, SPCM, JSM telah berkenan untuk mencemar duli bagi menonton wayang bertajuk MAT KILAU di Pawagam GSC Ipoh Parade, Ipoh Perak bersama-sama Ahli DPMM Negeri Perak Dan Gabungan Persatuan Perniagaan Melayu Negeri Perak (GPPMPK) yang mana telah dianggotai oleh PUBI Perak.

Mewakili PUBI Perak ke acara yang julong kali dianjurkan ini adalah En. Haizul Fakarudin selaku Setiausaha Persatuan dan Pn Norhuda selaku Penolong Bendahari Persatuan serta ditemani oleh dua orang Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan iaitu Pn Jamaliah dan juga Pn Norazlina.

Untuk makluman semua, rombongan Tuanku Raja Muda Perak Darul Ridzuan ini ditemani oleh beberapa Orang Besar Jajahan (OBJ) Dan Tetamu Kehormat iaitu YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Meor Roslan Bin Dato’ Seri Haji Meor Ahmad Rashid, Orang Besar Jajahan Hulu Perak bersama Datin, YDH Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj Ahmad, Orang Besar Jajahan Mu’allim, YDH Toh Sedewa Raja Dato’ Haji Abdul Talib Bin Abd Fahmi, Orang Besar Jajahan Kampar bersama Datin, YDH Toh Lela Paduka Dato’ Prof Dr. Khalid Bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk bersama Datin dan YM Raja Azlan Shah Bin Raja Mohamad, Setiausaha kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

Turut hadir mewakili Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPK) adalah Tuan Syahrin Bin Hamidon, selaku Timbalan Presiden DPMM dan Tuan Amir Hamzah Bin Karim selaku Naib Presiden DPMM.

Majlis dimulai apabila DYTM Tuanku Raja Muda Perak Darul Ridzuan tiba di Pawagam lalu Tayangan Mat Kilau pun bermula dan setelah tayangan berakhir, DYTM Tuanku Raja Muda Perak Darul Ridzuan berangkat ke Restauran Wonderful Cafe untuk santapan petang.

PUBI Perak berserta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak ingin menjunjung kasih kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perak Darul Ridzuan kerana perkenan serta mencemar duli untuk bersama-sama kami menonton wayang Mat Kilau ini.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDH Dato’-Dato’ OBJ, Setiausaha kepada DYTM Tuanku, Jawatankuasa DPMM Pusat serta semua ahli GPPMPK kerana menjayakan Majlis Tayangan Perdana Mat Kilau berlangsung dengan jayanya.

Dalam pada itu, PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi memertabatkan bangsa melayu di samping meneruskan usaha-usaha murni bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan