TAHUKAH ANDA BAHAWA TEALIVE ADALAH DI ANTARA SYARIKAT F&B TERAWAL DI MALAYSIA YANG MENYAHUT CABARAN ‘SELAMATKAN BUMI’ DENGAN MELAKSANAKAN KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR DALAM DIAM.

Setinggi-tinggi tahniah kepada jenama terkenal ‘Tealive’ kerana telah melaksanakan kempen cintai alam sekitar dengan menggunakan produk biodegradable ‘Paper Straw’ untuk kegunaan pengguna di premis-premis Tealive terutamanya di Lembah Klang dan Selangor.

Jangan terkejut kerana jika anda ke premis tealive untuk membeli minuman mereka yang lazat itu anda tidak lagi dibekalkan dengan straw plastik berwarna ungu mereka.

Sebaliknya anda akan dibekalkan dengan straw berwarna putih yang diperbuat daripada kertas biodegradable atau sebutan mudahnya adalah ‘Paper Straw’.

Berminat untuk menjadi Agen Jualan Produk Biodegradable kami –>

Tealive kini mengguakan Paper Straw (Straw kertas) – Jom Selamatkan Bumi Kita!

TAHUKAH ANDA? PLASTIK MENGAMBIL MASA 100 – 500 TAHUN UNTUK LUPUS SECARA SEMULAJADI

Paper Straw ini adalah produk yang dihasilkan untuk menyelamatkan bumi kita dari sisa buangan (bahan plastik) yang digunakan sekali sahaja atau dalam istilah bahasa Inggeris ‘Single Used Plastic’.

Produk plastik pakai buang seperti pembungkus makanan dan minuman mahupun straw yang kita gunakan sehari-harian, mengambil masa sehingga 100-500 tahun untuk dilupuskan dan sebenarnya tiada tempoh yang pasti bahawa bahan-bahan ini benar-benar akan reput atau lupus.

Bayangkan dalam tempoh sehari berapa banyak bahan-bahan ini dibuangkan begitu sahaja oleh pengguna-pengguna di seluruh dunia. Ini akan mencemar bumi kita serta akan memberi kesan jangka panjang kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Penyu antara mangsa akibat pencemaran sisa buang yang diperbuat daripada plastik

Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan saja tidak mudah lupus malah boleh menyebabkan pencemaran dan menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Kesan ini sudah pasti akan ditanggung oleh generasi akan datang dan sudah pasti ianya amat membimbangkan.

Oleh itu di atas dasar dan kesedaran ini Pihak Tealive Malaysia telah mengambil langkah berani dengan menggunakan produk biodegradable ‘Paper Straw’ ini dan diyakini usaha ini akan diikuti oleh syarikat-syarikat lain yang juga semestinya mahu kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Untuk makluman semua, produk ‘Biodegradable’ adalah produk pengguna yang mesra alam yang diperbuat daripada hampas tebu, hampas jagung dan juga hampas padi. Bahan-bahan ini amat mudah terurai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.

Berbeza dengan produk mudah urai (Biodegradable) ini, ianya hanya mengambil masa kurang dari 4 bulan untuk reput dan terurai dengan sendirinya.

Produk biodegradable ini sama sekali tidak menggunakan kertas yang diperbuat daripada dahan pokok dan sudah tentu ianya berjaya mengelak daripada pokok-pokok di hutan ditebang secara berleluasa untuk menghasilkan kertas.

Jadi inilah usaha yang benar-benar akan memberi impak yang baik kepada alam sekitar kita. Jom semua rakyat Malaysia kita ubah cara kita berfikir dan sama-sama kita ‘support’ penggunaan produk-produk mesra alam serta mampu menyelamatkan bumi kita ini.

Jom buat Part Time bersama KOPUBI Perak Bhd sambil membantu misi menyelamatkan bumi kita –>

Laman IG Ohmedia secara bersahaja menyatakan sokongan kepada penggunaan straw kertas (Paper Straw) di tealive

KOPUBI PERAK BHD KINI ADALAH PENGEDAR TUNGGAL PRODUK BIODEGRABLE DI NEGERI PERAK!

KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin dan menyintai alam sekitar dengan ini menyeru kepada semua pemilik-pemilik restoran, kedai makan, food court dan sebagainya untuk sama-sama mengambil tanggungjawab dan inisiatif ini demi masa depan anak dan cucu kita.

Demi menjaga alam sekitar kita yang kian terancam ini, maka marilah kita sama-sama bertukar kepada Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ ini. Segalanya bermula dari anda! Melalui usaha murni yang bakal anda laksanakan ini maka akan tercapailah matlamat kita untuk memelihara bumi malah kesannya nanti akan dinikmati bersama oleh anak dan cucu cicit kita pada masa hadapan.

Terkini, kami selaku sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju ingin menawarkan HARGA RUNTUH DAN HARGA KILANG KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TERDIRI DARIPADA TOKEH RESTORAN, PENGUSAHA PERNIAGAAN F&B, PEMILIK HOTEL UNTUK PRODUK MENDAPATKAB PRODUK BIODEGRADABLE ‘PAPER STRAW’ KOPUBI PERAK BHD!

Baca lanjut Majlis Pelancaran Kempen Cintai Alam sekitar –>

KOPUBI Perak Bhd adalah pengedar tunggal Paper Straw di Negeri Perak, hubungi 05-322 3924 untuk pertanyaan dan tempahan.

KELEBIHAN UTAMA PRODUK ‘BIODEGRADABLE PAPER STRAW’ KOPUBI IALAH;

  • 100% Buatan Malaysia (Dikilangkan di Malaysia)
  • Ketahanan serapan air yang lebih lama (330gsm tickness)
  • Diperbuat Daripada ‘Craft Paper’ (Hampas tebu, jagung dan juga padi)
  • Menggunakan gam daripada tumbuh-tumbuhan (Ubi kayu)
  • Dihasilkan dan diproses di dalam kilang bilik bersih (Clean room factory process)
  • Mendapat pengiktirafan daripada FDA (FDA Approved)
  • Bakal mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM

HUBUNGI SEGERA UNTUK INFO LANJUT:
012 595 8082 / 019 577 3924 atau klik link whatsapp di bawah ini;

  1. www.wasap.my/60125958082/Paper+Straw
  2. www.wasap.my/60175773924/Paper+Straw

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.
NO.57B SUSURAN STATION 18, STATION 18 PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
05-322 3924 | 011-6568 3924 | www.pubiperak.com/koperasi


Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

En. Mohd Fhami Mohamed Nordin
Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd