Kredit foto: Ohbulan

(VIDEO) “BUKAN KERANA KORONAVIRUS..” – REBAH SECARA TIBA-TIBA, INDIVIDU NAFI DAKWAAN ANAK SAUDARA MENINGGAL KERANA KORONAVIRUS

Penularan wabak koronavirus yang berlaku di negara China sedikit sebanyak telah mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia. Ini kerana sudah beberapa kes dilaporkan positif dan suspek sedang dikuarantin di hospital. Walau bagaimanapun, masyarakat digesa agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mencetuskan suasana panik.

Seperti perkongsian seorang lelaki di Facebook, rakaman anak saudaranya rebah ketika membeli belah bukanlah disebabkan jangk1tan koronavirus. Menurut bapa saudara lagi, hasil post m0rtem mengesahkan Nur Izzah Izzati mningg4l dunia secara mengejut.

REBAH SECARA TIBA-TIBA

Kerana mati itu pasti, kita pasti akan di jemput penciptaNya.

Alfatihah buat anakanda Nur Izzah Izzati. Tidak cepat atau terlambat walau sesaat. Sukar untuk diterima tapi kami redha Allah pinjamkan 20 tahun usiamu. Terima kasih ya Allah. Kau permudahkan urusannya. Rahmatilah dia. Terlalu mudah arwah pergi. Pasti akan menjadi ingatan buat kami yang masih hidup..

Arwah akan dikebvmikan selepas zohor di masjid Sg Pinang Klang.

Sabarlah Lan Nasi Kukus Viral

VIRAL DI WHATSAPP

Video rakaman telah menjadi viral di group Whatsapp dan ada dakwaan mengatakan arwah mningg4l dunia kerana virus koronavirus yang sedang hangat diperkatakan. Bapa saudara yang dimaklumkan mengenai penyebaran maklumat tidak sahih ini bertindak menjelaskan keadaan sebenar.

Bukan disebabkan virus

Allahuakbar.. Terima kasih sahabat-sahabat yang prihatin wasap dan bertanya khabar juga cakna dengan video viral ni.

Masyallah anak sedara saya ni tiba-tiba rebah ketika sedang membeli barang di tempat kerja beliau.

BUKAN KERANA VIRUS CORONAVIRUS. HATI-HATI MENYEBARKAN APA YANG ANDA TIDAK PASTI.

POST MORTEM ARWAH mengatakan beliau mati mengejut. Mudah arwah di jemput. Bukan kerana virus. Tolong perbetulkan.

Post m0rtem arwah dari Hospital Besar Kelang baru dikeluarkan pagi tadi.

Alhamdulillah ramai yang hadir solat jenazah beliau selepas zohor tadi.

Alfatihah buat anak saudaraku

Nur Izzah Izzati bt Norazlan

Menurut bapa saudara lagi, hasil post m0rtem mengesahkan anak saudaranya mningg4l dunia secara mengejut. Hal ini sama sekali tiada kaitan dengan koronavirus. Dia turut memohon agar orang ramai membetulkan keadaan dan tidak menyebarkan maklumat tidak pasti.

Sumber : Art Fever Hafiz RusidahOhbulan